SEJARAH SEKOLAH

Bangunan asal sekolah ini telah di bina secara gotong royong oleh masyarakat setempat lebih kurang pada tahun 1954. Usaha tersebut telah diketuai oleh Hj. Harun bin Hj. Arshad dan Encik Kamsin bin Omar. Tapak sekolah ini telah diwaqafkan oleh Haji Harun seluas 2 ekar 2 rod dan 12 pol. Bangunan asal dibina dengan menggunakan kayu dan atap nipah. Pada akhir tahun 1967, bangunan baru telah dibina oleh pihak kerajaan. Ia mengandungi sebuah bangunan dengan 6 buah bilik darjah, 1 pejabat pentadbiran, tandas dan kantin. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Daro’ Othman bin Mohd Saat, Menteri Besar Johor ketika itu. Pada 1977, sebuah bangunan tambahan tiga tingkat telah dibina bersebelahan bangunan asal dan telah digunakan pada tahun 2000. Bangunan ini mempunyai bilik yang serba lengkap termasuk bilik mesyuarat, makmal komputer, bilik muzik, makmal sains, makmal kemahiran hidup, bilik guru dan bilik darjah. Bilangan murid semakin bertambah dari masa ke semasa daripada kurang 60 orang kepada lebih 200 orang sejak tahun 1999.